RENOVATION RUMAH2U

welcome to Renovation Website

019-2995337

Online Quotation

Email atau WhatsApp kepada kami list seperti dibawah:
  • Snap Gambar Plan Rumah anda (jika ada)
  • Snap Gambar kawasan yang berkaitan renovation
  • Pastikan ukuran yang tepat
  • Sertakan nama, no handphone dan kawasan anda
  • Listkan jika ada kerja-kerja yang lain


  • Email: myright.amirul@gmail.com | 019 299 5337

    Kenapa Harus Memilih Kami

    Kepuasan pelanggan keutamaan kami
    Pengalaman kami dalam bidang Renovation sangat luas bermula daripada ubahsuai yang kecil hinggalah projek yang besar, pengalaman banyak mengajarkan kami lebih dewasa dalam bidang ini. Kami sentiasa memberikan harga yang termurah kepada pelanggan-pelanggan kami, bahkan mereka banyak berpuas hati dengan kerja yang kami telah siapkan. Kami sebenarnya kesal selama ini ramai yang tidak tahu tentang kos baik pulih rumah yang sebenarnya, kebanyakan mereka membayar lebih untuk kerja-kerja yang tidak seberapa. Kami berjanji untuk tidak berbuat demikian dan kami sebenarnya mengerti dimana sekarang ini krisis kewangan ramai yang membebankan Rakyat Malaysia.

    Project Reference

    Image Galeries

    Portfolio

      Posted by: Kamarul Channel Posted date: 7:30:00 PM / comment : 0


      kemas dapur

      Dapur yang bersih dan kelihatan elegan adalah keinginan setiap para ibu dan keluarga. Besar kecil dapur anda tiada menjadi masalah .Tak perlu set dapur yang mahal bersama kos yang tinggi bagi mendapatkan semua itu! Cukup dengan membersihkan secara teratur dan konsisten, dapur anda akan cantik dan elegant. Berikut cara menjaga dapur agar sentiasa kelihatan bersih dan rapi:


      kemas dapur

      Kena latih diri jadi RAJIN
      Untuk cipta suasana dapur yang bersih dan rapi , ada perlu buang sikap malas “nantilah”, “lepasni”. Sebaiknya anda kena rajin dan bersemangat dalam membersihkan dapur supaya tetamu dan ahli keluarga dating ke dapur rasa selesa dan sedap mata memandang.

      Perlu penjagaan lebih rapi
      Untuk melihat dapur bersih dan rapi memang perlukan lebih teliti dan rapi ketika membersihkannya. Terutamanya setelah selesai memasak,susun dengan rapi dirak pinggan setelah kering. Ianya mungkin mengambil masa anda pada sesiapa yang bekerjaya tetapi pasti anda puas hati melihatnya selepas itu!


      cuci pinggan

      Bersihkan tempat cuci pinggan!
      Jangan lupa membersihkan sink! Kawasan ini penting kerana ia adalah tempat mencuci sayur dan pinggan mangkuk dan ianya juga merupakan tempat proses memasak, bila dalam keadaan bersih selalu, dapur akan bebas dari kuman dan bakteria. Jika tidak segera dibersihkan akan menyebabkan bau atau aroma yang kurang mnyenangkan.

      Bersihkan dengan sabun yang berkualiti dan wangi. Sekali sekala, cuci kawasan tersebut dengan clorox selama beberapa minit dan bilas. Tempat cuci pinggan merupakan salah satu tempat terpenting didapur. Kebersihan di tempat ini perlu di jaga agar tidak mewujudkan pemandangan tidak sedap didapur.

      memasak

      Segera Bersihkan peralatan Masak Setelah Dipakai
      Jangan biarkan peralatan masak yang baru dipakai tidak dibersihkan segera, kerana kotoran pada peralatan akan semakin sukar dibersihkan apabila sudah terkumpul. Pakailah pencuci pinggan yang bersesuai. Tips jika tidak dapat dicuci dengan segera, rendam terlebih dahulu selepas masak. Cuci ia selesai sahaja kita makan.


      Bersihkan Peti Ais Secara Berkala

      Bersihkan Peti Ais Secara Berkala
      Bersihkan depan, sisi dan atas peti sejuk anda. Dan ketika mencairkan bunga ais, sekalian anda boleh keluarkan semua barangan di peti sejuk, dan bersihkan bahagian dalam peti sejuk, atur semula isi kandungannya agar peti ais tersusun rapi. Bersihkan juga peti sejuk anda dari makanan tamat tempoh.

      Peti simpan barang kering

      Peti simpan barang kering
      Sama seperti peti ais, keluarkan barang-barang di dalamnya, dan lap semua bahagian kabinet agar bebas dari debu. Setelah itu peralatan dapur seperti pinggan, mangkuk dan peralatan lain boleh kembali diurus dengan rapi di dalam almari dapur. Selain itu, peralatan dapur sehingga tak ada bekas air, kicap, atau sos yang melekat di rak almari anda. Selain membuat bau tak sedap, bekas ini juga boleh mengundang semut atau serangga lain. Jangan lupa juga untuk sentiasa memeriksa tarikh luput barang dapur anda ya. Dapur bersih dan sihat boleh membuat mood memasak datang!
      Lantai Dapur
      Jangan lupa bersihkan peti bawah, kabinet dan juga tempat penyimpanan pinggan, jangan lupa lap dengan pengkilat agar kelihatan bersih dan bersinar. Kerusi dan bahagian bawah meja, perlu mendapat perhatian kerana tempat itu senang berhabuk.Cara yang lebih mudah adalah memindahkan kerusi dan meja sementara, selepas itu dibersihkan.

      Rak / cabinet untuk tampil kemas!
      Sediakan rak atau kabinet untuk menyimpan semua peralatan dapur (yang okay untuk digunakan!). Satu rak dan satu almari sudah memadai. Asingkan alatan untuk memasak , untuk makan, termasuk sejumlah alatan yang hanya diperlukan untuk acara tertentu. Contohnya doa selamat. Barang-barang khas tersebut boleh disimpan di bahagian yang tidak harus dicapai setiap hari.

      Bekas untuk bahan-bahan dapur anda

      Bekas untuk bahan-bahan dapur anda
      Simpan rempah-rempah, gula, kopi, dan keperluan lain dalam bekas yang sesuai. Letakkan dengan rapi di rak atau kabinet yang mudah dicapai dan tidak lembab. Begitu juga dengan sudu-garpu dan pisau: tempatkan di dalam bekas khas dan jauhkan dari dapur agar tidak mudah berminyak dan selesa dipakai apabila ingin digunakan.

      Tong Sampah perlu dibersihkan!
      Untuk lebih kemas dan tiada bau, anda boleh menyediakan tempat pembuangan sampah dengan bentuk tertutup, ianya tetap kering dan bersih. Jika anda mempunyai haiwan peliharan seperti kucing, ianya tidak akan bersepah dan sentiasa bersih

      Cahaya

      Ramai tidak tahu cahaya yang memasuki ruang dapur sangat lah penting. Pastikan dapur anda mempunyai tingkap kepada sinar matahari, walaupun tempatnya di bahagian dalam rumah. Cahaya yang cukup terang akan membuat dapur kelihatan bersih dan tidak lembap. Sebaiknya anda juga memilih warna terang untuk cat dinding, meja, serta perabot dapur lain.

      perlukan bantuan kami?
      boleh emailkan kepada kami !

      info : Google.com

      Tagged with:

      No comments:

      Leave a Reply

      Sila Berkoment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam

    CONNECT WITH US

    JOIN TO CONNECT WITH US
    Download Free Software Latest Version