RENOVATION RUMAH2U

welcome to Renovation Website

019-2995337

Online Quotation

Email atau WhatsApp kepada kami list seperti dibawah:
  • Snap Gambar Plan Rumah anda (jika ada)
  • Snap Gambar kawasan yang berkaitan renovation
  • Pastikan ukuran yang tepat
  • Sertakan nama, no handphone dan kawasan anda
  • Listkan jika ada kerja-kerja yang lain


  • Email: myright.amirul@gmail.com | 019 299 5337

    Kenapa Harus Memilih Kami

    Kepuasan pelanggan keutamaan kami
    Pengalaman kami dalam bidang Renovation sangat luas bermula daripada ubahsuai yang kecil hinggalah projek yang besar, pengalaman banyak mengajarkan kami lebih dewasa dalam bidang ini. Kami sentiasa memberikan harga yang termurah kepada pelanggan-pelanggan kami, bahkan mereka banyak berpuas hati dengan kerja yang kami telah siapkan. Kami sebenarnya kesal selama ini ramai yang tidak tahu tentang kos baik pulih rumah yang sebenarnya, kebanyakan mereka membayar lebih untuk kerja-kerja yang tidak seberapa. Kami berjanji untuk tidak berbuat demikian dan kami sebenarnya mengerti dimana sekarang ini krisis kewangan ramai yang membebankan Rakyat Malaysia.

    Project Reference

    Image Galeries

    Portfolio

      Posted by: Salahuddin Posted date: 10:23:00 PM / comment : 0

      Sekiranya siling anda kelihatan membosankan, kami mencadangkan agar anda menukar siling biasa kepada plaster siling. Plaster siling boleh menjadikan rumah anda kemas, cantik dan bergaya. Ditambah dengan limpahan cahaya lampu yang berbilang jenis, saiz dan warna, menjadikan rumah anda sebagai inspirasi kepada kehidupan anda. Mari kita baca beberapa tips yang dapat kami kongsikan untuk kita kongsi bersama.

      Ada banyak pilihan yang boleh anda pilih dengan pelbagai bentuk asalkan bersesuaian dengan anda. Ada yang mahu rata sahaja tanpa-apa-apa dekorasi. Ada yang mahu L-Box, ada yang mahu bentuk seperti tangga. Biasanya kontraktor akan memberi anda sebuah buku desain untuk anda pilih.



      Sekiranya rumah anda masih belum ada siling, pemasangan siling adalah lebih mudah. Pekerja akan menyiapkan urusan wiring terlebih dahulu. Wiring perlu jalan dahulu kerana ia lebih memudahkan kerja. Sekiranya plaster siling sudah dibuat, baru pendawaian hendak dijalankan, ia akan menyusahkan pekerja.


      Anda perlu tahu di manakah lokasi lampu downlight, lampu chandeliar, kipas dan lampu gantung anda hendak diletakkan. Ini penting untuk susunan kerja pemasangan plaster siling.

      Di antara perkara yang perlu dilihat sebelum memasang plaster siling ialah ketinggiannya. Plaster siling tidak sesuai untuk rumah yang berketinggian 8.5 kaki ke bawah. Rumah akan kelihatan kecil dan nampak serabut sekiranya silingnya terlalu rendah. Jika dipasang kipas pula, dikhuatiri bilah kipas akan terkena seseorang. Mengikut beberapa buku yang saya baca, 10 kaki tinggi adalah tinggi yang baik selepas memasang plaster siling. Ia akan menyebabkan ruang tampak luas.

      Baik,untuk mengetahui level plaster siling, kita perlu lihat di manakah beam rumah. Pada kebiasaannya kita memasang siling betul-betul di bawah beam. Ini bertujuan untuk menutup beam yang menggangu pandangan. Kita akan ambil 2 inci sekurang-kurangnya dibawah beam untuk kita pasang aluminium bar. Berdasarkan 2 inci bawah beam, kita akan pasang plaster siling yang lain dengan level yang sama. Jarak plaster siling dengan siling asal adalah sekurang-kurangnya 8-10 inci.

      Sekiranya siling rendah, anda tidak dinasihatkan memasang plaster siling. Apa yang kita boleh buat ialah, slab siling anda boleh di "skim" dengan sejenis simen putih untuk ia kelihatan licin seolah-olah memasang plaster siling. Walaubagaimanapun, kita tidak boleh memasang downlight kerana tidak ada ruang.

      Untuk tujuan memasang lampu, saya cadangkan kita pasang L-box di sebelah tepi siling dan memasang lampu T5 di sekeliling siling. Ini menjadikan bilik terang dengan suasana ambience.

      Anda juga boleh memasang lampu LED di tengah-tengah siling sebagai pencahayaan tambahan. Lampu LED dengan pelbagai bentuk menarik boleh dibeli dari IKEA.
      Semoga tips ini bermamfaat untuk anda yang tengah mencari reka bentuk dalaman rumah anda



      Tips ini ditulis oleh Dr Shahrizal Azwan Bin Samsudin, Pengurus Telaga Intan Construction

      Tagged with:

      No comments:

      Leave a Reply

      Sila Berkoment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam

    CONNECT WITH US

    JOIN TO CONNECT WITH US
    Download Free Software Latest Version