RENOVATION RUMAH2U

welcome to Renovation Website

019-2995337

Online Quotation

Email atau WhatsApp kepada kami list seperti dibawah:
  • Snap Gambar Plan Rumah anda (jika ada)
  • Snap Gambar kawasan yang berkaitan renovation
  • Pastikan ukuran yang tepat
  • Sertakan nama, no handphone dan kawasan anda
  • Listkan jika ada kerja-kerja yang lain


  • Email: myright.amirul@gmail.com | 019 299 5337

    Kenapa Harus Memilih Kami

    Kepuasan pelanggan keutamaan kami
    Pengalaman kami dalam bidang Renovation sangat luas bermula daripada ubahsuai yang kecil hinggalah projek yang besar, pengalaman banyak mengajarkan kami lebih dewasa dalam bidang ini. Kami sentiasa memberikan harga yang termurah kepada pelanggan-pelanggan kami, bahkan mereka banyak berpuas hati dengan kerja yang kami telah siapkan. Kami sebenarnya kesal selama ini ramai yang tidak tahu tentang kos baik pulih rumah yang sebenarnya, kebanyakan mereka membayar lebih untuk kerja-kerja yang tidak seberapa. Kami berjanji untuk tidak berbuat demikian dan kami sebenarnya mengerti dimana sekarang ini krisis kewangan ramai yang membebankan Rakyat Malaysia.

    Project Reference

    Image Galeries

    Portfolio

      Posted by: Kamarul Channel Posted date: 12:49:00 PM / comment : 3

      Bumbung Genting
      Anda pemilik rumah teres atau kembar dua tingkat dan merancang mahu membesarkan bahagian belakang rumah anda? Itu satu perkembangan yang baik. Apabila ada rezeki apa salahnya melakukan ubahsuai supaya kediaman menjadi lebih selesa buat anda sekeluarga.

      Jika anda merancang untuk menambah tingkat bawah sahaja, antara satu isu yang anda perlu putuskan adalah samada anda mahu bangunan tambahan itu dibina dengan bumbung slab konkrit atau bumbung genting. Dalam hal ini anda perlu bertanya kepada diri anda samada ada atau tidak kemungkinan anda mahu menyambung tingkat atas kemudian nanti.
      Bumbung Slap

      Jika jawapannya ada, maka eloklah anda pilih untuk terus membina bumbung slab konkrit bagi mengelakkan ketidakselesaan serta kos penambahan tingkat atas menjadi tinggi jika anda melakukannya nanti.

      Dengan bumbung slab konkrit bermakna kerja menambah tingkat atas menjadi jauh lebih mudah. Lebih penting lagi tingkat bawah tidak perlu diganggu. Jika anda memilih bumbung genting, penambahan tingkat atas bermakna bumbung anda perlu dibuka bagi membolehkan struktur-struktur bangunan di sambung dan lantai konkrit baru dibina.

      Jika anda sudah melengkapkan bahagian bawah dengan kabinet dapur atau kemasan lain, mungkin semuanya perlu dibuka atau diolah semula. Ia akan menyebabkan ketidakselesaan dan kos yang tinggi. Itu belum lagi jika kontraktor anda tidak membina tapak yang mampu menampung beban untuk bangunan dua tingkat.

      Sebaliknya jika anda beritahu kontraktor bahawa anda merancang untuk menambah tingkat atas pada masa depan dan mahukan bumbung slab konkrit maka tapak bangunan juga boleh dibina mengikut keperluan tersebut. Selain itu, dengan sedikit kos tambahan anda boleh menggunakan bahagian atas sebagai balkoni.

      Anda hanya perlu membuka satu pintu dari salah satu bilik. Anda boleh gunakan ia sebagai ruang jemuran atau apa saja sementara anda mengumpul bajet untuk membuat sambungan seterusnya. Dan apabila masanya tiba untuk anda menyempurnakan niat anda itu, semua asasnya sudah tersedia.

      Tagged with:

      3 for Bumbung Slap vs Bumbung Genting

      1. Berapa rm sekaki.20x25

        ReplyDelete
        Replies
        1. Standard charge rm 150,,tp biasa kita kira lum sump,,tak kira kaki

          Delete
        2. Standard charge rm 150,,tp biasa kita kira lum sump,,tak kira kaki

          Delete

      Sila Berkoment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam

    CONNECT WITH US

    JOIN TO CONNECT WITH US
    Download Free Software Latest Version