RENOVATION RUMAH2U

welcome to Renovation Website

019-2995337

Online Quotation

Email atau WhatsApp kepada kami list seperti dibawah:
  • Snap Gambar Plan Rumah anda (jika ada)
  • Snap Gambar kawasan yang berkaitan renovation
  • Pastikan ukuran yang tepat
  • Sertakan nama, no handphone dan kawasan anda
  • Listkan jika ada kerja-kerja yang lain


  • Email: myright.amirul@gmail.com | 019 299 5337

    Kenapa Harus Memilih Kami

    Kepuasan pelanggan keutamaan kami
    Pengalaman kami dalam bidang Renovation sangat luas bermula daripada ubahsuai yang kecil hinggalah projek yang besar, pengalaman banyak mengajarkan kami lebih dewasa dalam bidang ini. Kami sentiasa memberikan harga yang termurah kepada pelanggan-pelanggan kami, bahkan mereka banyak berpuas hati dengan kerja yang kami telah siapkan. Kami sebenarnya kesal selama ini ramai yang tidak tahu tentang kos baik pulih rumah yang sebenarnya, kebanyakan mereka membayar lebih untuk kerja-kerja yang tidak seberapa. Kami berjanji untuk tidak berbuat demikian dan kami sebenarnya mengerti dimana sekarang ini krisis kewangan ramai yang membebankan Rakyat Malaysia.

    Project Reference

    Image Galeries

    Portfolio

      Posted by: Kamarul Channel Posted date: 1:18:00 PM / comment : 0

      Renovation Rumah Kuala Lumpur
      Batu putih yang perlu di plaster untuk nampak kemas
      dan teratus
      Bata merah atau bata putih merupakan istilah biasa yang digunakan untuk merujuk kepada bata tanah liat (merah) dan bata pasir (putih). Bata tanah liat atau bata merah dibuat dari campuran tanah liat dan pasir yang dibakar. Bata putih pula dibuat dari campuran pasir, simen dan air. Di Malaysia bata putih adalah lebih popular digunakan dalam projek-projek perumahan.

      Sekilas fakta, bata merah lebih kuat dari bata putih pada kadar 2 – 3 kali ganda lebih kuat. Selain itu bata merah juga lebih lambat menyerap lembapan berbanding bata putih pada kadar yang sama. Dinding yang dibina dengan bata putih lebih berisiko mengalami keretakan berbanding bata merah. Dan dinding dengan bata merah dikatakan mampu menahan haba lebih baik dari bata putih menjadikan rumah lebih sejuk dalam cuaca yang panas.
      Renovation Rumah Kuala Lumpur
      Batu merah yang berkualiti cantik juga jika tidak
      diplaster.

      Bata merah agak mahal sedikit berbanding bata putih dan ini biasanya menyebabkan kontraktor meletakkan harga lebih tinggi jika anda meminta mereka memasang bata merah. Jika kualiti biasa, perbezaan harga per unit kecil saja. Tetapi harga akan lebih mahal lagi jika anda mahu batu merah berkualiti tinggi dan tidak mahu ia diplaster.

      Jadi adakah anda patut menggunakan bata merah atau bata putih untuk projek ubahsuai rumah anda? Terpulang kepada anda. Jika hanya melibatkan ubahsuai kecil seperti menambah dapur, tidak ada banyak beza dari segi kos mahupun kesan-kesan yang lain.

      Tagged with:

      No comments:

      Leave a Reply

      Sila Berkoment dengan cermat, dilarang sama sekali membuat Spam

    CONNECT WITH US

    JOIN TO CONNECT WITH US
    Download Free Software Latest Version